
Bukan sekadar latihan. Ini langkah pertama menuju kerjaya. Peluang buat belia B40 dan asnaf Negeri Sembilan yang sedang mencari ruang untuk membina masa depan melalui kemahiran dan kerjaya.
MAINS dengan tajaan wakalah daripada Maybank Islamic Berhad serta kendalian YP Advanced Skills membuka penyertaan bagi Program Jaminan Kerjaya Belia Asnaf Negeri Sembilan dalam tiga bidang kemahiran:
Peserta terpilih akan mengikuti latihan kemahiran secara PERCUMA, termasuk elaun dan penginapan sepanjang tempoh latihan, bimbingan tenaga pengajar berpengalaman serta peluang kerjaya selepas tamat latihan.
Inilah peluang untuk belajar kemahiran baharu, bina pengalaman dan membuka jalan kepada kerjaya yang lebih baik.
Syarat kelayakan, lokasi dan tempoh latihan adalah berbeza mengikut kursus. Rujuk poster dan imbas kod QR untuk mendaftar.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi pegawai yang tertera pada poster atau Unit Pendidikan MAINS, 019-811 4578.






