Bantuan Ibu Tunggal C4U

GARIS PANDUAN DAN MEKANISME INISIATIF BANTUAN IBU TUNGGAL 

[CARE FOR YOU (C4U IBU TUNGGAL)] NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 2019

  1. PENDAHULUAN
  • Golongan ibu tunggal merupakan kelompok masyarakat yang perlu diberi perhatian dan dibantu dari pelbagai aspek meliputi ekonomi, emosi, hak asasi dan sebagainya. Pelbagai bentuk bantuan dan program sokongan telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk sentiasa memastikan golongan ibu tunggal ini disantuni terutamanya bagi yang kurang berkemampuan. Pada masa ini, antara jabatan/agensi kerajaan yang aktif menyediakan bantuan kepada ibu tunggal di Negeri Sembilan ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan agensi berkaitan yang lain.

1.2       Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah mengumumkan Inisiatif Bantuan kepada Ibu Tunggal (C4U IBU TUNGGAL) semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2019 dengan menetapkan pemberian khas one-off sebanyak RM200.00 kepada setiap ibu tunggal yang berdaftar dengan eKasih. Antara asas pertimbangan C4U IBU TUNGGAL ini diperkenalkan adalah:

  1. Membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu tunggal; dan
  2. Membantu keperluan sara hidup ibu tunggal.
  • Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan C4U IBU TUNGGAL bagi jabatan dan agensi yang terlibat iaitu:
  1. Pejabat Kewangan Negeri;
  2. Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN);
  • Bendahari Negeri;
  1. Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan (PPN);
  2. Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS);
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
  • Unit Pengurusan Teknologi Maklumat (UPTM); dan
  • Semua Pejabat Daerah dan Tanah
  1. DEFINISI IBU TUNGGAL

2.1      Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan 2010, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendefinisikan ibu tunggal berdasarkan kriteria berikut:

  1. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah, bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama;
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah, tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
  1. KRITERIA KELAYAKAN

Berdasarkan definisi ibu tunggal yang dinyatakan di para 2.1, garis panduan bagi mengenal pasti kelayakan penerima C4U IBU TUNGGAL ini ditetapkan seperti berikut:

KRITERIAKELAYAKAN
 

Ibu Tunggal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ibu tunggal yang layak dipertimbangkan harus memiliki kriteria berikut:

i.        Wanita yang bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau

ii.        Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah tetapi mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin di dalam isi rumah yang sama; atau

iii.        Wanita ibu tunggal yang tiada anak & bertaraf perkahwinan balu atau bercerai/ berpisah tetap.

 

Pendaftaran & Perakuan

 

i.        Berdaftar dengan eKasih; atau

ii.        Diperaku untuk layak menerima bantuan oleh Mesyuarat Focus Group Daerah dan seterusnya perlu didaftarkan di dalam eKasih.

 

  1. KADAR

Ibu tunggal yang menerima C4U IBU TUNGGAL akan diberi bantuan sebanyak RM200.00 seorang secara one-off.

 

  1. KAEDAH PELAKSANAAN

5.1       Kaedah pelaksanaan C4U IBU TUNGGAL adalah seperti berikut:

PERKARAKETERANGANTINDAKAN
 

Pengesanan Ibu Tunggal yang layak

 

FASA 1 :

i)       Data eKasih KIR ibu tunggal sehingga 31 Mac 2019 disemak silang (cross check) dengan senarai penerima Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan Bantuan AM (BA) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta senarai pendaftaran ibu tunggal Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Sembilan (PPWNS).

 

ii)      Senarai penerima BKK dan BA yang telah disemak silang (cross check) dan didapati telah sedia tersenarai di dalam data eKasih KIR ibu tunggal berserta data KIR ibu tunggal sedia ada di dalam eKasih, perlu diteliti dan dipastikan supaya tiada pertindihan atau tiada data berulang.

 

iii)    Data eKasih KIR ibu tunggal yang telah melalui perkara (i) dan (ii) hanya akan mengambil kira:

 

a)    Status Miskin;

b)    Status Miskin Tegar;

 

c)    Status Terkeluar ► Penerima BKK & BA daripada JKM; dan

 

akan dimuktamadkan sebagai senarai penerima C4U IBU TUNGGAL  Fasa 1.

 

FASA 2 :

i)       Senarai penerima BKK & BA yang telah disemak silang (cross check) dengan data eKasih namun didapati tiada dalam pangkalan data eKasih berkenaan ► (Layak setelah pengesahan Focus Group dan didaftarkan dalam eKasih);

 

ii)      Status Terkeluar eKasih► Pengesahan Focus Group (Layak setelah pengesahan Focus Group); dan

 

iii)     Status Terkeluar eKasih ► Peningkatan Pendapatan [Layak Isi rumah berpendapatan terendah B40 NS tahun 2016 : <RM 3,640.00) sahaja]

 

akan dimuktamadkan sebagai senarai penerima C4U IBU TUNGGAL  Fasa 2.

FASA 3+:

i)       Ibu tunggal yang layak dan belum tersenarai di dalam pangkalan data eKasih, boleh mengemukakan permohonan sebagai peserta eKasih terlebih dahulu melalui Pejabat Daerah sebelum dipertimbangkan dalam Focus Group Daerah untuk C4U IBU TUNGGAL. Penambahan data ibu tunggal yang layak di dalam eKasih mengambil kira selepas tarikh 31 Mac 2019 akan disenaraikan sebagai senarai cadangan penerima C4U IBU TUNGGAL  Fasa 3+ (pemberian C4U IBU TUNGGAL  Fasa 3+ akan tertakluk kepada baki peruntukan semasa tahun 2019 atau berdasarkan arahan Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa).

 

 

PPN

JKM

PPWNS

 

 

 

 

 

 

PPN

 

 

 

 

 

 

PPN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PPN

Pejabat Daerah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PPN

Pejabat Daerah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pejabat Daerah

PPN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kaedah Pemakluman Penerima

 

 

i)         Senarai nama penerima C4U IBU TUNGGAL berdasarkan data eKasih selepas semakan akan diagihkan mengikut daerah kepada setiap Pejabat Daerah dan penetapan tarikh bayaran C4U IBU TUNGGAL melalui sistem yang diwujudkan.

 

ii)       Pemakluman secara bertulis kepada penerima C4U IBU TUNGGAL

a)    bayaran telah di EFTkan (Fasa 1)

b)    keperluan permohonan maklumat akaun bank beserta salinan penyata akaun bank penerima (lain-lain Fasa) bagi yang tidak tersedia maklumat akaun bank mereka melalui system (Perlu dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat)

 

iii)      Penyelarasan dan penetapan penerima C4U IBU TUNGGAL adalah melalui akaun bank atau tunai di kaunter PDT bagi perkara [ii) b)]

 

 

PPN

UPEN

UPTM

 

 

 

 

 

 

Pejabat Daerah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pejabat Daerah

 

 

 

Kaedah Penyaluran Peruntukan Kewangan dan Agihan Pembayaran

 

i)       Penyaluran peruntukan kepada Pejabat Daerah berdasarkan senarai nama penerima C4U IBU TUNGGAL yang mengikut Fasa.

 

ii)       Penyerahan C4U IBU TUNGGAL  kepada penerima mengikut tarikh yang ditetapkan:

a.    melalui akaun bank untuk penerima yang telah mengemukakan maklumat lengkap akaun bank; atau

 

b.    secara tunai bagi penerima yang mempunyai kesukaran menyediakan akaun bank atau tidak mengemukakan maklumat akaun bank dalam tempoh yang dietapkan. Tuntutan dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh pengumuman pembayaran C4U IBU TUNGGAL.

 

(Maklumat penerima dan akaun bagi urusan EFT perlu DISEMAK DENGAN TELITI oleh Pejabat Daerah.)

 

Nota: Bagi bayaran yang gagal dituntut/ penerima tidak dapat dikesan dalam tempoh yang dinyatakan, peruntukan perlu disalurkan semula kepada Bendahari Negeri, Negeri Sembilan.

 

Pejabat Kewangan Negeri

 

 

 

 

 

 

Pejabat Daerah

 

 

 

 

Pejabat Daerah

 

5.2        Proses kerja bagi penyaluran C4U IBU TUNGGAL kepada penerima adalah seperti di Lampiran 1.

 

  1. PELAPORAN

6.1      Laporan pelaksanaan C4U IBU TUNGGAL adalah melalui sistem dan semua Pejabat Daerah perlu sentiasa mengemaskini rekod secara harian dalam sistem berkenaan. Pemantauan kemaskini adalah dibawah tanggungjawab Pegawai Daerah masing-masing manakala pemantauan laporan yang dikemaskini adalah di bawah tanggungjawab pihak PPWNS.

6.2      Laporan pelaksanaan C4U IBU TUNGGAL secara keseluruhan disediakan oleh PPWNS untuk makluman Kerajaan Negeri.

 

  1. PENUTUP

7.1      Pelaksanaan C4U IBU TUNGGAL ini perlu mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan yang sedang berkuat kuasa.

7.2      Semua dokumen bagi urusan memuktamadkan senarai penerima, terimaan peruntukan, penyerahan bayaran bantuan dan pengembalian lebihan peruntukan hendaklah direkodkan, dikemas kini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

 

  1. MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai kandungan dokumen ini boleh dikemukakan kepada:

Pengarah

Unit Perancang Ekonomi Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri,

70503 Seremban, Negeri Sembilan.

Tel : 06-7659950 / Fax : 06-7631397

 

LAMPIRAN 1

 

PROSES KERJA PENYALURAN INISIATIF BANTUAN IBU TUNGGAL

[CARE FOR YOU (C4U IBU TUNGGAL)] KEPADA PENERIMA

MULA
 

Senarai penerima diagih oleh UPEN kepada setiap Pejabat Daerah

 

 

Pemakluman secara bertulis kepada penerima sama ada bayaran melalui EFT (Fasa 1) atau keperluan mendapatkan maklumat akaun bank oleh Pejabat Daerah (Fasa 2 & selanjutnya)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bantuan kepada penerima secara EFT melalui akaun bank

 

Penyelarasan dan penentuan bayaran penerima melalui EFT atau tunai oleh Pejabat Daerah

 

 

 

 

Penyerahan bantuan secara tunai kepada penerima melalui kaunter Pejabat Daaerah

     TAMAT

 

               YA

 

 

 

Bantuan secara tunai dituntut oleh penerima dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman bayaran

TIDAK
Lebihan peruntukan tidak dituntut disalurkan semula kepada Bendahari Negeri
 

 

 

TAMAT

 

Back to top button