Tabung Belia Harapan@TABAH

 

PUSAT PEMBANGUNAN BELIA HARAPAN NEGERI SEMBILAN (TABAH)

Satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan secara praktikal dengan menyediakan platform untuk belia-belia di Negeri Sembilan membangun dan memberdaya kumpulan sasar kategori belia di Negeri Sembilan.

TABAH di selia sepenuhnya di bawah Pengerusi Bertindak Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan dengan peruntukan khusus yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi aktiviti-aktiviti belia di Negeri Sembilan.

 

FUNGSI:

  1. Menganjurkan program-program belia di seluruh Negeri Sembilan meliputi bidang pendidikan, keusahawanan, kebajikan, ekonomi, keagamaan dan perpaduan kaum.
  2. Menjadi Penganjur bersama dengan badan-badan pertubuhan belia yang ingin menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan belia jangka pendek dan panjang
  3. Menjadi one-stop center bagi belia di Negeri Sembilan untuk mendapatkan maklumat berkaitan insentif-insentif yang berkaitan keperluan generasi belia Negeri Sembilan
  4. Menjadi koordinator bagi pihak belia untuk menyampaikan sebarang isu dan hal-hal belia kepada pihak Kerajaan Negeri Sembilan

 

BIDANG-BIDANG PEMBANGUNAN BELIA DIBAWAH TABAH:

  1. Pendidikan belia setiap peringkat
  2. Kemahiran keusahawan
  3. Gerak Kerja Kebajikan
  4. Aktiviti Penjanaan Ekonomi Belia
  5. Kesedaran Penghayatan Agama
  6. Kesedaran Penghayatan Perpaduan Nasional

 

Perkhidmatan TABAH:

  1. TABAH menjalankan program-program khusus untuk belia-belia di Negeri Sembilan secara berterusan sepanjang tahun.
  2. Mana-mana pertubuhan belia atau NGO yang ingin menjalankan program bersama kumpulan belia di Negeri Sembilan, TABAH akan menjadi rakan strategik dengan bantuan dana dan tenaga kerja.

 

Untuk pertanyaan hubungi:

Encik Norfitri Bin Mohd Din

Pengerusi

Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH)

No Tel: 012-6543085

 

Sila layari PAGE Facebook Rasmi TABAH:

https://www.facebook.com/tabahnegerisembilan

 

 

 

 

Back to top button