Taska Majikan Swasta

GERAN PELANCARAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) DI TEMPAT KERJA SEKTOR SWASTA (T4U)

PENGENALAN

Geran Pelancaran TASKA Di Tempat Kerja Sektor Swasta (T4U) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan perkhidmatan asuhan gantian kepada kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun di tempat kerja dan membantu meringankan beban keluarga terutama wanita bekerja di Negeri Sembilan. Penubuhan TASKA di Tempat Kerja Sektor Swasta dapat menggalakkan wanita berkeluarga bekerja dan menyumbang tenaga serta kemahiran secara produktif dalam usaha meningkatkan ekonomi Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia umumnya.

SYARAT PERMOHONAN

Syarikat-syarikat atau majikan sektor swasta yang bercadang untuk menubuhkan TASKA tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan geran seperti di bawah:

  1. Pembelian aset dan peralatan bagi kegunaan TASKA;
  2. Pengubahsuaian ruang/tempat yang akan dijadikan TASKA; atau
  • Latihan dan Kursus Asuhan PERMATA (KAP).

Geran ini TIDAK BOLEH digunakan untuk kos operasi.

ASAS PERTIMBANGAN

 Pertimbangan untuk geran pelancaran bagi penubuhan TASKA di tempat kerja sektor swasta adalah seperti berikut:

  1. Penubuhan TASKA di Tempat Kerja yang baharu, atau

TASKA di Tempat Kerja yang telah sedia beroperasi;

  1. Permohonan akan diproses mengikut keutamaan kepada permohonan lengkap yang diterima lebih awal (first come first serve);
  • Permohonan dibuat oleh majikan bagi perniagaan/syarikat-syarikat swasta di Negeri Sembilan yang menyediakan TASKA untuk kemudahan dan kebajikan kakitangan;
  1. Terdapat permintaan yang tinggi daripada pekerja dalam kalangan ibu bapa untuk keperluan TASKA disediakan di Tempat Kerja di perniagaan/syarikat yang memohon;
  2. Kumpulan sasar TASKA merupakan anak kepada kakitangan perniagaan/syarikat berkenaan yang berumur di bawah umur empat (4) tahun;
  3. Pemilik perniagaan/syarikat atau salah seorang Lembaga Pengarah mestilah warganegara Malaysia;
  • Memberi keutamaan kepada majikan yang telah menyediakan ruang sedia ada untuk dijadikan TASKA; dan
  • Apa-apa syarat yang difikirkan sesuai dan dipersetujui oleh Jawatankuasa di peringkat negeri.

KADAR GERAN YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN

Jumlah geran yang diperuntukkan adalah tertakluk kepada kertas cadangan yang dikemukakan dan tidak melebihi had maksimum RM10,000.00 secara sekaligus atau one off.

 PROSEDUR PERMOHONAN

Syarikat swasta yang mempunyai keperluan untuk menubuhkan TASKA hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan sebelum mengemukakan permohonan.

Permohonan Geran Pelancaran TASKA di Tempat Kerja Sektor Swasta (T4U) hendaklah dibuat dengan mengemukakan satu (1) salinan Borang Permohonan Geran Pelancaran TASKA di Tempat Kerja Sektor Swasta (Borang GT1) yang telah disahkan lengkap oleh majikan sebelum dihantar kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

DIREKTORI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT UNTUK  DIHUBUNGI BAGI PERTANYAAN LANJUT

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan
Tingkat 1B, Wisma Negeri
Jalan Dato Abd. Malek
70000 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-7659555 / 06-7659559

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban
Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
Persiaran S2A2, Seremban 2
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 06-6015798

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson
Bangunan Pejabat RISDA, Jalan Lama
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
Tel : 06-6471920

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah
No. 54 & 55, Pusat Komersial Melang
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan
Tel : 06-4811163

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol
Di Halaman Kompleks Pejabat Kerajaan
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan
Tel : 06-4581400

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Tampin
Lorong PARR, Jalan Hj. Ahmad Zainuddin
73000 Tampin
Negeri Sembilan
Tel : 06- 4411646

 

 

 

 

 

 

 

 

Back to top button