Bantuan Anak Sekolah@BAS

GARIS PANDUAN BANTUAN N9 BAS KEPADA MURID DI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

1.Pendahuluan

Bantuan N9 BAS (Bantuan Anak ke Sekolah) dapat membantu keluarga berpendapatan rendah meringankan      beban perbelanjaan persekolahan anak-anak. Bantuan ini diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 yang berada di dalam senarai eKasih. Garis Panduan ini adalah sebagai rujukan pelaksanaan Bantuan N9 BAS bagi murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan.

2. KRITERIA KELAYAKAN

Pemberian Bantuan N9 BAS kepada murid dibuat berdasarkan kriteria berikut:

2.1. Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia);

2.2. Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 yang berada di dalam senarai eKasih;

2.3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan di Negeri Sembilan.

3.TEMPOH PELAKSANAAN

3.1. Tempoh pelaksanaan Bantuan N9 BAS adalah mulai Januari sehingga November 2019 bagi sesi persekolahan tahun 2019.

4.KADAR

4.1. Murid yang menerima Bantuan N9 BAS akan diberi bantuan sebanyak RM50.00 sebulan selama 11 bulan. Bantuan diagih secara bulanan oleh pihak sekolah kepada penerima.

4.2. Pembayaran dibuat secara tunai kepada ibubapa/penjaga.

4.3. Sebarang pemotongan tidak dibenarkan.

5.AGIHAN BANTUAN

5.1. Bantuan akan disalurkan oleh Pejabat Menteri Besar terus ke Akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA) sekola

6.TANGGUNGJAWAB

6.1. Pejabat Menteri Besar

6.1.1 Menyalurkan peruntukan ke akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA) sekolah.

6.2. Jabatan Kebajikan Masyarakat

6.2.1 Membantu dalam menyediakan senarai murid eKasih Tahun 1 hingga Tingkatan 1 yang layak dan disahkan.

6.3 Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

6.3.1. Mengarahkan semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat pemakluman pelaksanaan

Bantuan N9 BAS secara rasmi kepada semua sekolah di bawah seliaan mereka;

6.3.2. Mengeluarkan dan Mengedarkan Surat Siaran Pemakluman Pelaksanaan Bantuan N9 BAS beserta

dengan Garis Panduan Bantuan N9 BAS yang terkini kepada semua PPD untuk tindakan PPD menyampaikan kepada sekolah-sekolah dibawah seliaan masingmasing;

6.3.3. Mengemukakan laporan 3 bulan sekali menggunakan Borang B1 bagi bayaran yang diturunkan ke akaun SUWA sekolah kepada Pejabat Menteri Besar untuk tujuan semakan silang dan pengesahan penerimaan peruntukan;

6.3.4. Menyelaraskan permohonan peruntukan tambahan bagi sekolah yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi dan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Menteri Besar dengan menggunakan Borang A1 – Permohonan Peruntukan Tambahan Bantuan N9 Bas;

6.3.5. Memastikan lebihan peruntukan daripada semua sekolah dipulangkan kepada Pejabat Menteri Besar melalui cek atas nama “Bendahari Negeri Negeri Sembilan” selewat-lewatnya pada 30 November 2019.

6.4. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

6.4.1. Mengedarkan Surat Siaran Pemakluman Pelaksanaan Bantuan N9 BAS bagi tahun semasa beserta denganGaris Panduan yang terkini kepada semua sekolah di bawah seliaan PPD masing-masing;

6.4.2. Memastikan jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Wang SUWA sekolah adalah berpadanan dengan data bayaran yang telah dikemukakan oleh Pejabat Menteri Besar;

6.4.3. Memastikan buku tunai wang SUWA dikemaskini;

6.4.4. Memastikan wang bantuan diagihkan kepada murid minggu pertama setiap bulan;

6.4.5. Menyelaras dan mengemukakan permohonan peruntukan tambahan yang diperlukan oleh sekolah di bawah seliaan PPD kepada JPN dengan menggunakan Borang A2;

6.4.6. Menghantar Borang B2 – Ringkasan Laporan 3 bulan sekali pembayaran Bantuan N9 BAS, Pejabat

Pendididikan Daerah kepada JPN;

 

6.5. Sekolah

6.5.1. Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan sebagaimana kriteria yang telah digariskan di perkara 2 – Kriteria Kelayakan.

6.5.2. Mengemukakan Borang PB1 – Borang Permohonan Bantuan kepada murid yang telah dikenalpasti layak.

6.5.3. Memastikan ibu/bapa/penjaga mengembalikan Borang PB1 – Borang Permohonan Bantuan yang lengkap berserta dokumen seperti berikut;

6.5.3.1. bukti kewarganegaraan yang disahkan (mykid,mykad atau sijil lahir);

6.5.3.2. bukti pendapatan bulanan yang disahkan; Bagi ibu/bapa/penjaga yang mempunyai majikan, mereka perlu mengemukakan penyata pendapatan/slip gaji/penyata cukai pendapatan TERKINI. Manakala bagi ibu/bapa/penjaga yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai dokumen di atas, mereka perlulah melengkapkan Borang PB2 iaitu Borang Pengesahan Pendapatan. Maklumat pendapatan yang dikemukakan hendaklah mendapat pengesahan salah seorang daripada berikut;

i.Pegawai Kerajaan Kumpulan A(Pengurusan & Profesional);
ii.Penyelia Pembangunan Mukim;
iii.Penghulu;
iv.Penggawa; atau
v.Ketua Kampung, Pengerusi MPKK atau yang setaraf;

6.5.4. Bantuan hendaklah diagihkan RM50.00 seorang secara tunai kepada penjaga secara bulanan;

6.5.5. Hendaklah memastikan ibubapa/penjaga menandatangani Borang C – Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan;

6.5.6. Menghantar Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan Borang C – Senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada PPD pada setiap 3 bulan;

6.5.7. Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke akaun SUWA;

6.5.8. Mengemukakan akuan terima jumlah peruntukan kepada Pejabat Menteri Besar.

7.TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI

7.1. Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

8.MURID BERPINDAH SEKOLAH

8.1. Berpindah dalam negeri Sekolah lama hendaklah menghantar baki peruntukan ke sekolah baru;

8.2. Berpindah luar negeri Bantuan ditamatkan dan baki peruntukan hendaklah dipulangkan ke Pejabat Menteri Besar pada bulan November 2019.

9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN

9.1. Pihak JPN hendaklah memastikan sebarang permohonan peruntukan tambahan dari sekolah dikemukakan melalui PPD kepada Pejabat Menteri Besar;

9.2. PPD yang bertanggungjawab hendaklah memastikan tidak berlaku keciciran bagi sekolah di bawah seliaan masingmasing dalam mengemukakan permohonan peruntukan tambahan.

9.3. Sekolah/PPD/JPN perlu menyemak dan memastikan TIADA PERTINDIHAN atau permohonan berulang sebelum mengemukakan permohonan peruntukan tambahan kepada Pejabat Menteri Besar

10.LEBIHAN PERUNTUKAN

10.1. Guru Besar dikehendaki mengembalikan lebihan peruntukan kepada Pejabat Menteri Besar melalui cek atas nama “BENDAHARI NEGERI NEGERI SEMBILAN” selewatlewatnya pada 30 November 2019.

11.PENUTUP

11.1. Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuatkuasa;

11.2. Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan N9 BAS hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

12.PERINGATAN

  1. PPD perlulah memastikan akaun bank SUWA sekolah yang dikemukakan adalah betul dan tepat; dan
  1. PPD perlulah memastikan sekolah mengemukakan salinan penyata bank bersama-sama dengan Borang C – Borang Akuan Penerimaan Atau Penolakan Pembayaran Bantuan N9 BAS Peringkat Sekolah.
Back to top button