Berita

Penutup konkrit longkang telah dibaik pulih

BUKIT KEPAYANG: Penutup konkrit longkang yang pecah di laluan pejalan kaki di Taman Bukit Kepayang telah dibaik pulih.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, tindakan segera telah diambil bagi membaik pulih penutup konkrit longkang tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban di atas tindakan menyelesaikan aduan penutup konkrit longkang pecah di Jalan TBK Utama.

“Dengan kerja-kerja baik pulih yang dijalankan, keselamatan para penduduk yang selalu berjogging dan berjalan menggunakan bahu jalan ini terjamin,” kata Nicole Tan.

Show More

Related Articles

Back to top button