BeritaMenarikProgram

Permohonan Rumah Harapan Rakyat kini dibuka

SEREMBAN: Permohonan Rumah Harapan Rakyat Negeri Sembilan (RHR) kini telah dibuka dan permohonan dibuka hingga 19 April 2024.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah bernilai RM85,000 di atas tanah sendiri.

“Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan inisiatif Rumah Harapan Rakyat bermula pada tahun 2021.

“Program ini adalah kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk membina satu (1) unit rumah untuk golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah di atas bidang tanah masing-masing.

“Bagi tahun 2024, harga seunit rumah yang akan dibina adalah sebanyak RM85,000, manakala amaun pinjaman pembiayaan oleh pemohon adalah sebanyak RM75,000 sahaja.

“Pinjaman pembiayaan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik hanya RM238 sebulan selama 300 bulan (25 tahun),” kata Aminuddin.

MAKLUMAT RUMAH HARAPAN RAKYAT:

Harga Seunit – RM85,000

Subsidi Kerajaan Negeri – RM10,000

Pinjaman Pembiayaan – RM75,000

Bayaran Deposit 5 peratus – RM3,750

Bayaran Balik – RM238 sebulan selama 300 bulan (25 tahun)

Pemohon boleh memuat turun iklan, nota maklumat dan borang permohonan di pautan http://www.pknns.gov.my

 

Show More

Related Articles

Back to top button