Berita
Untuk apa tukar jika sudah baik: ARUL
NILAI: Calon Pakatan Harapan DUN Nilai, J.Arul Kumar berkata, kempen yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) adalah untuk Ubah Negeri Sembilan.
“Saya ingin bertanya kepada anda semua, apa lagi yang perlu diubah di negeri ini?.
“Jika dibandingkan Negeri Sembilan dengan Kelantan daripada segi peluang pekerjaan lebih ramai penduduk Kelantan yang berhijrah ke Negeri Sembilan dan Selangor untuk bekerja.
“Daripada kemudahan asas pula, kita tidak mempunyai masalah air yang teruk berbanding mereka yang menjadi Kerajaan Negeri puluhan tahun.
“Oleh itu, kita tidak harus memberikan mereka (PN) menjadi kerajaan di sini,” kata Arul Kumar.