Berita

Usahawan akan dididik dengan kemahiran strategi pemasaran

REPAH: Usahawan kecil di Negeri Sembilan akan dididik dengan pengetahuan dan kemahiran strategi pemasaran.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam berkata, Kerajaan Negeri dengan kerjasama kementerian berkaitan akan menganjurkan pelbagai program bagi pembangunan usahawan kecil di Negeri Sembilan.

“Usahawan perlu ada pengetahuan dalam bidang media sosial dan juga celik dalam Digital Marketing (Pemasaran Digital) selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk jadikan Negeri Sembilan sebagai negeri digitalisasi,” katanya yang juga ADUN Repah.

Veerapan berkata demikian di Majlis Karnival Deepavali yang diadakan di Tampin Square baru-baru ini.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Mohd Isam Isa dan lebih 4,000 orang hadir dalam majlis ini.

Show More

Related Articles

Back to top button