Berita

100 keluarga terima sumbangan daripada Rajasekaren

SRI TANJUNG: Sebanyak 100 buah keluarga yang kurang kemampuan di DUN Sri Tanjung telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren.

Rajasekaren berkata, sumbangan yang diberikan bertujuan untuk membantu meringankan beban mereka melakukan persiapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Di samping itu, ia juga bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada merasai kegembiraan musim perayaan.

“Usaha yang dilakukan ini juga membuktikan bahawa kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, selaras dengan matlamat untuk memastikan kesejahteraan komuniti di DUN Sri Tanjung kekal terpelihara.

“Semoga sumbangan ini dapat membawa makna yang besar dan menceriakan suasana sambutan Tahun Baru Cina untuk semua penerima,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button