Berita
Kanak-kanak hidap kanser terima sumbangan kewangan daripada Razali
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah memberikan sumbangan kewangan kepada seorang kanak-kanak yang mengidap kanser otak di Sungai Dua Besar.
Mohd Razali berkata, sumbangan tersebut diberikan kepada Puan Juniza, ibu kepada kanak-kanak tersebut.
“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan keperluan bagi meringankan beban mereka.
“Semoga ibu dan anak ini diberi kekuatan untuk menempuh ujian yang mereka terima,” kata Mohd Razali.