Berita
Latif serah bantuan RM1,000 kepada mangsa banjir
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir di Kampung Sungai Jernih dan Kampung Tengah.
“Saya telah menyampaikan sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri Sembilan kepada tiga ketua keluarga terjejas banjir di Kampung Sungai Jernih (2) dan Kampung Tengah (1).
“Terima kasih di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang menghulurkan bantuan kewangan segera ini kepada mangsa banjir.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung mangsa banjir,” ujar Abdul Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Kampung Sungai Jernih, Encik Bakar dan Pengerusi MPKK Kampung Tengah, Encik Moktar.