Berita

170 keluarga kurang kemampuan terima sumbangan bakul makanan sempena Aidilfitri

RAHANG: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, Desmond Siau Meow Kong telah mengadakan Program Sumbangan Bakul Makanan kepada 170 keluarga yang memerlukan di DUN Rahang.

“Bantuan ini hasil kerjasama erat bersama JPKK dan KRT, bagi memastikan ia sampai kepada mereka yang benar-benar layak.

“Bakul makanan ini mengandungi daging, beras, telur dan minyak masak.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban penerima dalam persiapan Hari Raya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penerima yang menyambutnya.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini,” kata Desmond Siau.

Show More

Related Articles

Back to top button