Berita

Jalan empat lorong kurangkan kesesakan Jalan Seremban – Kuala Pilah di Taman Nusa Intan

SEREMBAN: Jalan Persekutuan FT51 Seremban – Kuala Pilah di Seksyen 8.5 telah dinaiktaraf daripada jalan tunggal dua lorong dua hala kepada jalan berkembar empat lorong dua hala dengan Piawaian R5 yang telah dirasmikan oleh Menteri Kerjaraya, Dato’ Seri Alaxander Nanta Linggi.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, jalan dari Seremban ke Kuala Pilah dan sebaliknya, iaitu di kawasan persimpangan Nusa Intan sering berlaku kesesakan pada hujung minggu dan musim perayaan kerana keadaan jalan yang ‘bottle neck’ disitu.

“Sebelum ini Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan dan kerja-kerja menaiktaraf jalan tersebut telah siap dilaksanakan.

“Malah projek ini siap lebih awal dari dijadualkan.

“Kerja naik taraf ini juga merupakan inisiatif serampang tiga mata kerana bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan terutama di lokasi ‘bottle neck’ di Persimpangan Taman Nusa Intan, malah dapat meningkatkan keselamatan di lokasi blackspot selain menjadi solusi masalah banjir kilat di kawasan ini dengan pembinaan sistem pembentungan dan perparitan yang lebih efektif.

“Projek ini turut memperkenalkan Zon Menunggu Motorsikal pertama di daerah Seremban.

“Inisiatif ini memberi ruang khas yang lebih selamat kepada penunggang motosikal, yang sering menjadi golongan paling terdedah di jalan raya,” kata Arul Kumar yang turut hadir dalam majlis perasmian pembukaan lorong tambahan di jalan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button