43 anak muda Labu terima bantuan kewangan berjumlah RM41,250

LABU: Program Penyampaian Bantuan Inisiatif Negeri Sembilan bagi Bantuan Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Bantuan Belia Berkahwin telah berjaya dilaksanakan di Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu.
Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak berkata, melalui inisiatif ini, seramai 30 orang penerima Bantuan IPT telah menerima sumbangan berjumlah RM38,650 bagi membantu persediaan mereka melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.
“Selain itu, seramai 13 penerima Bantuan Belia Berkahwin turut menerima bantuan sebagai sokongan awal dalam membina kehidupan berkeluarga.
“Setiap pengantin baharu ini menerima RM500 seorang dan jumlah keseluruhan Bantuan Belia Berkahwin yang diserahkan kepada 13 belia ini ialah sebanyak RM6,500.
“Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat, memudahkan urusan serta menjadi dorongan kepada para penerima untuk terus melangkah ke hadapan dengan yakin.
“Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dan mendekati masyarakat melalui pelbagai bentuk program dan inisiatif,” kata Ahmad Faez.




