SUNGAI LUI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, YB Mohd Razi Mohd Ali telah menyerahkan bantuan kewangan kepada 78 pelajar sekolah yang kurang berkemampuan di DUN Sungai Lui.
Mohd Razi berkata, beliau telah menyerahkan Bantuan Anak Sekolah (BAS) sebanyak RM600 kepada 55 orang murid dari sekolah rendah dan Biasiswa Anak Negeri (BAN) sebanyak RM500 kepada 23 orang pelajar dari sekolah menengah di dalam DUN Sungai Lui.
“Penyerahan bantuan secara One-Off ini merupakan inisiatif Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan untuk membantu anak-anak kita dari golongan berpendapatan rendah yang berdaftar di bawah Program e-Kasih dan berkelayakan.
“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga untuk menghadapi persiapan musim persekolahan pada tahun hadapan.
“Saya berharap bantuan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin kepada semua 78 orang yang menerima bantuan ini di Dewan Baitul Hikmah SMK (F) Lui Barat,” kata Mohd Razi.