BeritaMenarik

99 pelajar terima bantuan kewangan daripada Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 99 orang pelajar sekolah menengah telah menerima Biasiswa Anak Negeri daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, bantuan ini bagi membantu meringankan beban ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan anak mereka ke sekolah.

“”Dalam pada itu, seramai 14 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) menerima Insentif Kecemerlangan IPT dan 20 orang pelajar sekolah rendah menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS).

“Sumbangan ini bagi membantu anak-anak supaya dapat meneruskan pembelajaran mereka.

“Ini kerana saya amat menekankan kepentingan pendidikan.

“Pendidikan merupakan pelaburan yang paling berharga, kerana pendidikan yang menentukan kejayaan seseorang di masa hadapan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button