Berita

MMK setuju pekerja PBT dipinjamkan ke PBT lain

SEREMBAN: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Negeri Sembilan) bersetuju untuk mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meminjamkan pekerja sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari satu daerah ke daerah yang lain.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, tujuan peminjaman ini dilakukan adalah bagi membantu PBT yang kekurangan tenaga pekerja.

“Di samping itu, ia juga mampu mengembangkan karier serta pengalaman kepada pekerja tersebut.

“Tempoh maksimum pinjaman pekerja ini boleh dilakukan sehingga tiga tahun.

“Pihak PBT boleh berbincang sesama mereka bagi memilih pekerja yang diperlukan di tempat mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button