Berita
Aminuddin rai kakitangan PKNNS
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah meraikan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dalam Majlis Hari Raya Aidilfitri di Klana Resort, Seremban.
Aminuddin berkata, majlis tersebut dianjurkan bagi mengucapkan terima kasih kepada PKNNS yang berjaya membangun serta mempunyai kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pembangunan demi rakyat Negeri Sembilan.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua warga PKNNS yang bertungkus-lumus merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri untuk melihat anak syarikatnya berkembang maju.
“Semoga warga PKNNS sentiasa berusaha keras bagi memastikan perbadanan tersebut terus membangun dan kehadapan,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafik