Berita
Aminuddin rasmi pelancaran kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Sembilan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan pelancaran kibar Jalur Gemilang bagi peringkat Negeri Sembilan.
Aminuddin berkata, ia program tersebut diadakan bersempena bulan kemerdekaan yang hampir tiba.
“Kibaran bendera ini juga menanamkan sifat patriotisme yang ada dalam diri kita.
“Di samping menunjukkan semangat perpaduan yang ada dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Saya juga berharap agar rakyat Negeri Sembilan dapat bersama-sama membawa perpaduan, kemajuan, kedamaian selaras dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan,” kata Aminuddin.