BeritaMenarikProgram

Bonus sebulan setengah gaji atau minima RM2,500 bagi penjawat awam

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada semua penjawat awam yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini sebagai tanda penghargaan di atas kecemerlangan perkhidmatan mereka.

“Bayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada penghujung Februari 2024 sebagai persediaan persekolahan dan penghujung Mac 2024 menjelang Hari Raya Aidilfitri

“Adalah diharapkan bantuan khas ini menyuntik semangat semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi,” katanya.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban sebentar tadi.

Belanjawan Negeri Sembilan 2024 bertema ‘Bersama Membina Negeri MADANI’.

Show More

Related Articles

Back to top button