BeritaMenarikProgram

BAJET 2024: Bantuan perkahwinan RM500 untuk anak Negeri Sembilan

Ibu tunggal dan warga emas dapat RM200

SEREMBAN: Anak-anak Negeri Sembilan yang pertama kali mendirikan rumah tangga bakal menerima bantuan RM500 daripada Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dalam pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan (Bajet 2024) mengumumkan insentif tersebut.

“Golongan muda yang ingin melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, Kerajaan Negeri memberikan sumbangan RM500 melibatkan jumlah peruntukan RM5 juta.

“Tidak dilupakan golongan ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan, yang akan menerima sumbangan RM200 setahun secara ‘one-off’.

“Peruntukan sebanyak RM1 juta disediakan untuk tujuan ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut mengumumkan sumbangan keceriaan kepada warga emas berumur 70 tahun ke atas sebanyak RM200 setahun secara ‘one-off’ membabitkan peruntukan RM14.80 juta.

Aminuddin berkata demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2024 di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di Seremban sebentar tadi.

Belanjawan Negeri Sembilan 2024 bertema Bersama Membina Negeri MADANI’.

 

Show More

Related Articles

Back to top button