REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyerahkan bantuan kewangan kepada enam pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).
“Insentif kewangan ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu pelajar yang baru mendaftarkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Diploma dan juga Sijil.
“Untuk makluman pelajar Sarjana Muda layak mendapat bantuan RM1,000, Diploma pula RM750.00 dan Sijil sebanyak RM500 melalui peruntukan di bawah Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan.
“Para pelajar yang layak boleh melayari laman sesawang http://www.n9.digital atau aplikasi telefon pintar n9.digital bagi membuat permohonan.
“Semoga bantuan ini membantu memudahkan urusan para pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat IPT,” kata Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.