Berita

Guru Pendidikan Islam ialah pembentuk jiwa dan pembina peradaban

SEREMBAN: Guru Pendidikan Islam bukan sekadar penyampai silibus. Guru Pendidikan Islam ialah pembentuk jiwa dan pembina peradaban,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

“Allahyarham Buya HAMKA pernah berpesan: “Kalau hidup sekadar hidup, binatang pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera pun bekerja. Tetapi manusia hidup untuk memberi makna.”

“Kata-kata ini mengingatkan kita bahawa peranan guru adalah memberi makna kepada kehidupan, bukan sekadar menyampaikan maklumat.

“Dalam Hadis kedua daripada Hadis 40 Imam Nawawi, Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang iman, Islam dan ihsan.

“Ihsan inilah roh kepada profesion perguruan — mendidik seolah-olah kita melihat Allah, dan yakin bahawa Allah sentiasa melihat kita.

“Setiap tutur kata guru, setiap sikap di hadapan murid, setiap keputusan di bilik darjah — semuanya adalah tarbiah senyap yang membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak kita. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim),” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin, Multaqa ini sewajarnya menjadi ruang muhasabah niat, mengembalikan tujuan mendidik — bukan kerana pangkat, bukan kerana penilaian manusia, tetapi kerana amanah Allah dan tanggungjawab ummah.

Show More

Related Articles

Back to top button