Bantuan Pembelian Peralatan Orthopedik
GARIS PANDUAN PERMOHONAN DANA BANTUAN IMPLAN ORTOPEDIK
Kriteria Permohonan :
- Pesakit adalah rakyat Negeri Sembilan
- Pesakit mestilah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
- Pesakit adalah golongan miskin
- Permohonan hanya diterima daripada 3 hospital ( HTJ / Hospital Najihah Kuala PIlah / Hospital Port Dickson.
Kandungan Permohonan
- Surat permohonan
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Penyata Gaji atau Akuan Pendapatan pesakit dan pasangan
- Surat Pengesahan Rawatan Atau Laporan Pegawai Perubatan / Pakar
- Sebutharga peralatan yang diperlukan
- Penyata Akaun Bank atas nama pemohon (muka depan sahaja)
Kaedah Permohonan
Pemohon boleh menghantar surat permohonan kepada melalui hospital atau Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan:
YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5 Wisma Negeri
70503 Seremban
Negeri Sembilan
Pertanyaan: Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Sembilan: 06-765 9936/31 atau 06-765 9784/85