Berita

Jalan Chen Min Han satu penghormatan kepada mendiang

SEREMBAN: Jalan Temiang yang ditukar nama kepada Jalan Dr. Chen Min Han dan ini satu bentuk penghormatan kepada jasa mendiang.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong berkata, mendiang merupakan seorang Doktor di Hospital Singapura dan Hospital Seremban.

“Apabila tamat perkhidmatan, beliau membuka klinik sendiri di Seremban yang diberi nama Chen Dispensary.

“Beliau merupakan doktor yang terkenal serta dihormati. Sekiranya pesakit beliau datang daripada keluarga kurang berkemampuan, beliau memberikan rawatan secara percuma.

“Beliau juga merupakan mantan Ahli Parlimen Seremban 1974-1982 dan 1983-1990.

“Selain itu, beliau juga antara pengasas awal Democratic Action Party (DAP) dan Penasihat Seumur Hidup Parti DAP,” kata Teo.

Teo turut tambah nama jalan tersebut ditukar memandangkan masih tiada nama khusus bagi jalan itu.

“Pada awalnya, terdapat dua cadangan iaitu di Jalan Temiang dan Jalan Labu Lama.

“Majlis Mesyuarat Negeri telah memutuskan untuk memilih Jalan Temiang.

“Jalan tersebut berjajaran lebih kurang 7.97km,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button