
Syarikat produk tinggi gula biasanya menggunakan teknik yang dipanggil ‘health halo’, iaitu menonjolkan satu manfaat kesihatan sambil menyembunyikan atau mengabaikan kandungan gula tinggi mereka.
Berikut taktik biasa produk tinggi gula ‘mengaburi’ pengguna dengan penampilan sihat:
1. Label ‘Tiada Kolesterol’
Produk tinggi gula sering dilabel ‘rendah lemak’ atau ‘bebas lemak’ walaupun kandungan gula sangat tinggi.
Pengguna mudah tertipu, menganggap produk itu ‘lebih sihat.
2. Label ‘Sumber Vitamin/Serat’
Produk seperti bijirin sarapan, susu berperisa, yogurt buah, dan minuman tenaga selalu menambah vitamin atau mineral tambahan (contohnya kalsium, vitamin C) untuk memberikan persepsi kesihatan walaupun produk masih tinggi gula.
3. Gunakan Perkataan ‘Semulajadi’ atau ‘Organik’
Contoh: ‘Menggunakan gula tebu asli’, ‘Tanpa pengawet’, atau ‘Organik’.
Bunyi sihat, tapi sebenarnya tetap mengandungi gula yang tinggi walaupun ‘semulajadi.
4. Label ‘Rendah Lemak’ atau ‘Tanpa Lemak
Contoh: ‘Yogurt rendah lemak’ atau ‘Minuman tanpa lemak’.
Bila lemak dibuang, rasa akan berkurang jadi mereka tambah gula untuk kekalkan rasa sedap.
5. Imej buah-buahan dan warna hijau pada pembungkusan
Buat pengguna fikir produk itu natural, berkhasiat dan ‘detox’.
Padahal minuman itu cuma air gula berperisa buah, bukan jus sebenar.
Cara Melindungi Diri daripada Taktik Ini:
✅ Semak jadual fakta pemakanan pada produk.
✅ Perhatikan jumlah gula (< 5g gula per hidangan adalah terbaik).
✅ Abaikan dakwaan umum yang mengelirukan seperti ‘tiada kolesterol’ atau ‘0 peratus lemak’ pada produk manis.
Sumber: Public Health Malaysia