Berita

JKM buka kaunter dua kali sebulan di DUN Repah

REPAH: Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah membuka kaunter perkhidmatan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kekerapan dua kali setiap bulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB S.Veerapan berkata, pejabatnya menawarkan khidmat urusan permohonan bantuan JKM yang akan dikendalikan oleh pegawai JKM sendiri.

“Kaunter ini akan dibuka pada hari Khamis dari pukul 9.00 pagi hingga 01.00 tengahari setiap minggu kedua dan minggu keempat.

“Para pemohon boleh mengambil peluang dengan hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai JKM untuk urusan permohonan bantuan JKM,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button