Jualan Agro Madani dapat sambutan penduduk Seremban Jaya
RASAH: FAMA Malaysia dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Rasah dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya telah menganjurkan program Jualan Agro Madani di Tapak Pasar Malam Seremban Jaya.
Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, beliau menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Rasah untuk memberikan subsidi sebagai tanda menyokong inisiatif FAMA dan meringankan beban kos sara hidup penduduk Parlimen Rasah.
“Empat jenis barangan asas yang dijual dengan harga subsidi ialah telur gred D, RM8.00/sepapan; minyak masak paket, RM2.00/sepaket; ayam segar, RM10.00/seekor dan beras import 5Kg, RM16.00/sekampit.
“Selain itu, banyak lagi pilihan barangan makanan lain turut dijual dengan harga lebih murah dari harga pasaran,” kata Cha.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, semua barangan telah habis dijual dalam masa dua jam.
Turut sama menjayakan program ini ialah Pegawai Fama, Puan Zulaika Binti Mohd Yousoff.