BeritaMenarikProgram

Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di lapan lokasi esok

SEREMBAN: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin akan diadakan di lapan lokasi pada hari esok 03 November (Jumaat) bermula 8.30 pagi sehingga stok habis.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin menawarkan barangan keperluan seperti ayam, ikan, daging, telur, sayur-sayuran dan minyak masak yang dijual dengan potongan harga di antara 20 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Antara barangan asas yang akan dijual lebih murah dari harga pasaran adalah seperti berikut:

• Ayam segar RM10.00 – RM13.00 seekor.
• Ikan segar dijual RM5.00 – RM8.00 sekilogram.
• Telur Gred B RM12.00 sepapan, Gred C RM11.00 sepapan dan Gred D RM10.00 sepapan.
• Minyak masak paket RM2.00 sekilogram.

“Adalah hasrat Kerajaan Negeri dengan penganjuran program ini bagi untuk membantu rakyat khususnya yang terbeban dengan kenaikkan harga barang.

“Besarlah harapan saya agar rakyat Negeri Sembilan dapat memanfaatkan program ini dan mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran,” kata Aminuddin.

Berikut adalah maklumat lokasi jualan tersebut:

DUN CHENNAH: Perkarangan Masjid Kariah Simpang Durian.

DUN BAHAU: Dewan Rumah Rakyat Jambu Lapan.

DUN JUASSEH: Dataran Jemapoh.

DUN LINGGI: Berhadapan Dewan Orang Ramai Pasir Panjang.

DUN CHEMBONG: Berhadapan Padang Desa Permai Kundur.

DUN LENGGENG: Padang Rumah Rakyat Paroi.

DUN LOBAK: Berhadapan Pusat Khidmat Rakyat DUN Lobak.

DUN BUKIT KEPAYANG: Depan Deretan Kedai Kampung Dato’ Mohd Said.

Show More

Related Articles

Back to top button