Berita

Kerajaan Negeri berhasrat jadikan Kolej Yayasan sebagai Kolej Universiti

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat untuk menjadikan Kolej Yayasan Negeri Sembilan sebagai sebuah Kolej Universiti.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut sudah ada dalam perancangan bersama Yayasan Negeri Sembilan.

“Hal ini bagi memastikan kolej ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pelajar di luar sana yang ingin terlibat di dalam bidang TVET.

“Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka yang tinggal di perkampungan dan pinggiran bandar supaya tidak tercicir dalam pelajaran.

“Mereka akan tinggal di situ (kolej), makan dan mendapat sijil dengan percuma.

“Walau bagaimanapun perkara ini masih dalam perancangan kerana banyak aspek perlu dilihat seperti kos yang diperlukan, sokongan juga kelulusan.

“Sebab itu kita rancang sekarang, di samping dapat meningkatkan jumlah pelajar di kolej tersebut,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Konvokesyen Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan ke-9 bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button