Berita

Kerajaan Negeri bina 27,688 unit Rumah Mampu Milik

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah membina sebanyak 27,688 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di seluruh negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga 31 Oktober yang lalu sebanyak 8,685 unit RMM Type A berharga RM80,000 telah diluluskan kebenaran merancang di seluruh Negeri Sembilan.

“Di samping itu, 9,579 unit RMM Type B dan 9,424 unit RMM Type C telah lulus kebenaran merancang.

“Penyediaan RMM ini merupakan salah satu inisiatif dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat sentiasa wujud.

“Dalam masa sama menambah baik taraf hidup rakyat.

“Kerajaan Negeri juga akan terus berusaha untuk meningkatkan jumlah Rumah Mampu Milik di negeri ini, Insya Allah,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button