Berita

Kerajaan Negeri sambut baik peruntukan Belanjawan MADANI 2024

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik Belanjawan MADANI 2024 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semalam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai peruntukkan diberikan bagi infrastruktur buat rakyat di negeri ini.

“Kita bakal menerima Klinik Kesihtan di kawasan Rantau, naik taraf jalan Kuala Lukut ke Chuah, pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Jelai dan projek pengindahan di Pantai Teluk Kemang.

“Pengumuman yang dibuat ini sudah tentu dapat membantu pembangunan di negeri ini.

“Selain dapat memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button