Berita

Kita meraikan kepelbagaian: Nicole Tan

BUKIT KEPAYANG: Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon menyeru guru-guru sekolah agar terus mendidik pelajar sekolah supaya menjaga kebersihan dan menjadi teladan yang baik kepada anak didiknya (pelajar).

“Selaras dengan tema program ‘Muhibah Raya’ dan prinsip Rukun Negara, kita mesti mengamalkan ‘kesopanan dan kesusilaan’.

“Masyarakat majmuk merupakan keunikan Malaysia. Kita mesti berasa bangga sebagai rakyat Malaysia kerana setiap bangsa dan kaum diberi hak dan kebebasan untuk mempunyai kepercayaan dan pegangan agama tersendiri; menutur bahasa sendiri dan mengamalkan budaya sendiri.

“Walaubagaimanapun, kebebasan ini ada syarat-syaratnya yakni mendukung Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan; mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan dan hak istimewa bumiputera di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan,” ujar Nicole Tan yang juga ADUN Bukit Kepayang.

Nicole Tan berkata demikian di Majlis Muhibbah Raya Sekolah Kebangsaan 2A, Sekolah Kebangsaan 2B dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 di Teratak Le Reen, Rasah Kemayan.

Show More

Related Articles

Back to top button