Berita

Komuniti OKU perlu diberi sokongan berterusan

PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim telah merasmikan Program Psikologi OKU: Eksplorasi Potensi Diri Dengan Terapi Seni anjuran Unit Psikologi dan Kaunseling bersama Unit OKU Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Pilah.

Noorzunita berkata, program ini sangat bermakna kerana ia membuka ruang kepada golongan OKU untuk mengekspresikan diri, membina keyakinan, serta mengasah bakat melalui pendekatan terapi seni.

“Inisiatif sebegini bukan sahaja menggalakkan keterlibatan aktif dalam masyarakat, malah memperkukuh semangat inklusif dan sokongan berterusan kepada komuniti OKU kita.

“Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha murni ini.

“Semoga lebih banyak program seumpama ini dapat dilaksanakan demi kesejahteraan dan pembangunan potensi rakyat Kuala Pilah,” kata beliau.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Muhammad Yusry Che Dah dan Pegawai JKM Kuala Pilah, Azura.

 

Show More

Related Articles

Back to top button