Berita

Konsultasi Belanjawan langkah persediaan Belanjawan 2024

SEREMBAN: Konsultasi Belanjawan 2024 yang bertempat di Klana Resort adalah sebagai langkah persediaan untuk menyediakan Belanjawan 2024.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai cadangan yang diberikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ketua Jabatan yang mewakili masyarakat keseluruhan.

“Dalam konsultasi ini kita melihat keperluan utama yang perlu diberi perhatian pada belanjawan akan datang.

“Walau bagaimanapun, belum ada keputusan kerana perlu melalui Pejabat Kewangan dan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKK).

“Kemudian akan dibentang di Dewan Undangan Negeri pada 1 Disember ini.

“Perbincangan kali ini juga memfokuskan permasalahan rakyat serta langkah untuk meningkatkan ekonomi di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Konsultasi Belanjawan 2024.

Show More

Related Articles

Back to top button