YB Kita

Liputan talian telekomunikasi di Juasseh di tambah baik

JUASSEH: Kerja-kerja pembinaan dua menara telekomunikasi di Juasseh telah siap sepenuhnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Dato’ Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, dua menara telekomunikasi yang telah dibina itu adalah di Taman Harmoni, Juasseh dan Kampung Orang Asli Cergun.

“Usaha ini penting demi memastikan rakyat Juasseh menikmati rangkaian telefon bimbit dan capaian internet yang lebih baik, pantas dan stabil.

“Selain daripada itu, kemudahan mesin ATM juga akan disediakan di stesen minyak Petronas dekat dengan Sekolah Vokasional di sini.

“Ini semua janji-janji pilihan raya yang kita buat semasa dua tahun dahulu.

“Alhamdulillah hari ini kita dapat laksanakan untuk masyarakat Juasseh.

“Saya harap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan dan beri sokongan kepada kami supaya dapat diteruskan pembangunan di DUN Juasseh,” kata Bibi Sharliza.

Show More

Related Articles

Back to top button