Berita

25 keluarga Orang Asli terima pampasan RM648,767 daripada Zahid

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi telah menyampaikan pampasan Ex-Gratia bernilai RM648,767 kepada 25 Orang Asli dari Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng.

Ahmad Zahid berkata, pampasan Ex-Gratia berjumlah RM648,767 diberikan kepada 25 keluarga Orang Asli ini yang terlibat dalam projek pembinaan jalan baharu dari Kampung Gagu hingga Ulu Beranang.

Beliau menyerahkan pampasan ini semasa hadir ke jelajah Santunan Kasih Ramadan 2025 anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya.

Kira-kira 1,500 ahli kariah Masjid Al-Munawwarah, Panchor Jaya telah hadir meraikan ketibaan Ahmad Zahid.

“Saya juga mendoakan agar 250 orang asnaf yang menerima sumbangan dipermudahkan segala urusan mereka,” kata Ahmad Zahid.

Show More

Related Articles

Back to top button