Berita
Mangsa kemalangan terima sumbangan kewangan daripada Razali
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abd Latif telah memberikan sumbangan kewangan kepada Encik Zamri di Kampung Sawah Lebar.
Mohd Razali berkata, Encik Zamri terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bekerja sebagai penghantar makanan di Kuala Pilah.
“Sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan perbelanjaan harian yang tidak dapat bekerja buat sementara waktu.
“Saya turut memberikan sumbangan lampin pakai buang dan susu formula untuk anaknya yang masih kecil.
“Saya mendoakan agar beliau diberi kesembuhan seperti sedia kala,” kata Mohd Razali.