BeritaMenarik

MBS lantik agen pengurusan strata Unicity Mall Seremban

SEREMBAN: Masalah pengurusan strata yang melibatkan Unicity Mall di Seremban 3, sedang diambil tindakan untuk diatasi,” kata Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, jika pengurusan sesuatu kawasan strata tidak dapat ditubuhkan atau diuruskan oleh JMB dengan baik, maka pihak berkuasa tempatan boleh melantik agen pengurusan untuk menguruskan kawasan tersebut sehingga maksimum 15 bulan.

“Bagi Unicity Mall, agen pengurusan telah dilantik dan mesyuarat pertama telah diadakan dua hari lepas.

“Saya berharap setiap pemilik unit di sini dapat memberikan kerjasama kepada agen pengurusan yang baru agar kawasan tersebut dapat diuruskan dengan baik dan ‘dihidupkan’ semula.

“Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga telah dan sedang kenalpasti pengurusan kawasan strata yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan menggantikan agen pengurusan.

“Ini adalah sangat penting untuk menguruskan kawasan tersebut dengan baik dan sentiasa dalam keadaan baik,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian selepas melawat dan mengadakan perbincangan dengan agen pengurusan Unicity Mall yang baru dilantik oleh MBS.

Turut hadir, ADUN Mambau, YB Yap YEW Weng dan Ketua Bahagian COB Majlis Bandaraya Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button