Berita

MBS roboh struktur haram berpotensi membahayakan pelajar universiti

NILAI: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah mengadakan Operasi Perobohan Struktur Haram di hadapan Universiti Antarabangsa INTI.

Untuk makluman, MBS telah menerima aduan daripada orang awam mengenai keadaan pondok yang terlalu usang dan berkemungkinan membahayakan pelajar serta orang awam jika menghampiri pondok tersebut.

MBS menerusi Jabatan Kawalan Bangunan telah mengeluarkan notis agar pemilik segera merobohkan struktur binaan haram berkenaan namun pemilik telah ingkar.

Sehubungan dengan itu, MBS telah mengambil tindakan untuk meroboh struktur berkenaan.

Turut hadir semasa operasi berkenaan diadakan ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin dan Setiausaha MBS, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal Mohd Yusof serta Pengarah Penyelenggaraan, Fadhil Kamaruddin.

Show More

Related Articles

Back to top button