Berita
MBS terima sumbangan kewangan daripada Matrix Concepts
SENDAYAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menerima sumbangan kewangan daripada syarikat Matrix Concepts.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu pembinaan dewan komuniti Bandar Sri Sendayan.
“Pembinaan dewan komuniti ini adalah satu keperluan memandangkan anggaran penduduk melebihi 50,000 orang.
“Dewan tersebut akan dibina diatas sebidang tanah seluas dua ekar dan dijangka siap pada tahun 2026.
“Dewan komuniti ini juga dapat menyatukan penduduk setempat di samping mengeratkan silaturahim.
“Saya berharap apabila siap sahaja dewan ini, ia dapat menjadi mercu kejayaan dalam memperkukuhkan keharmonian dan kemajuan komuniti,” kata Aminuddin.