BeritaMenarik

Mustapha mahu kawasan Felda lebih maju

SEREMBAN: Seramai 46 Ketua Peneroka Felda menerima watikah Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Raja Alias bagi sesi tahun 2024-2026 di Dewan Theatrette, Wisma Negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Mustapha Nagoor berkata, penyampaian watikah yang diberikan kepada 46 Ketua Peneroka dan 49 Pengerusi Gabungan Peneroka Wanita (GPW) ini menunjukkan kesungguhan dan komitmen semua pihak terlibat dalam menjaga keselamatan dan kebajikan komuniti FELDA.

“Saya berharap dengan usaha bersama, kita dapat menjadikan Felda sebagai tempat yang lebih maju dan berkembang.

“Paling penting, program ini menyatukan semua pimpinan Felda di Negeri Sembilan dengan harapan dapat bersama-sama mengangkat Felda ke tahap yang lebih baik.

“Kerjasama dan kesepaduan antara semua pihak adalah kunci kejayaan dalam mencapai matlamat ini,” ujar Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button