Menarik

MPKK Felda Sungai Kelamah Johan Pertandingan Keceriaan Kampung

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi dan Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Balai Raya Kampung Tengah.

“Agenda utama program adalah berkenaan masalah kampung dan hal-hal berbangkit yang masih lagi belum diselesaikan.

“Selain dari itu, Abd Latif turut menyerahkan Baju Korporat MPKK Dun Gemencheh kepada pengerusi serta setiausaha yang hadir.

“Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kampung sempena Bulan Kemerdekaan.

“Sebanyak 10 buah MPKK yang menyertai pertandingan ini,” kata Abd Latif.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:-

Pertama – MPKK Felda Sungai Kelamah
Kedua – MPKK Kampung Gedok
Ketiga – MPKK Felda Bukit Jalor
Keempat – MPKK Felda Bukit Rokan
Kelima – MPKK Kampung Tengah
Keenam – MPKK Air Rawa
Ketujuh – MPKK Punggur
Kelapan – MPKK Mantai
Kesembilan – MPKK Seri Gemencheh
Kesepuluh – MPKK Sungai Dua

Johan membawa pulang hadiah RM1,000 dan piala pusingan; naib johan RM800, ketiga RM500, keempat dan kelima RM200 dan tempat keenam sehingga kesepuluh RM100.00.

Abd Latif mengucapkan tahniah kepada MPKK yang menyertai pertandingan ini dan terima kasih kepada Pengerusi MPKK dan Setiausaha yang turut hadir menjayakan program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button