Berita

Negeri Sembilan dalam proses guna bahan jalan ‘glow in the dark’

SEREMBAN: Terdapat dua lokasi jalan di Negeri Sembilan yang dikenal pasti bakal menggunakan bahan garisan jalan ‘glow in the dark’.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dua jalan tersebut adalah jalan Pantai-Temiang bypass dan jalan Lukut-Sepang.

“Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan telah mengajukan permohonan peruntukan kepada JKR Malaysia untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

“Kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan setelah peruntukan diperolehi,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, YB Mustapha Nagoor.

Show More

Related Articles

Back to top button