Berita

Negeri Sembilan fokus pembasmian miskin tegar

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tahun ini memberikan fokus untuk membasmi miskin tegar di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, fokus tersebut telah dimasukkan dalam Fasa Pertama Program One Stop Center (OCS) Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri Sembilan.

“Terdapat tiga jenis bantuan yang diberikan terus kepada kumpulan sasar iaitu Ziarah Madani, Back To School Madani dan Ziarah Kasih Ramadan Madani.

“Kita juga sedang melaksanakan Fasa Kedua Program ini yang akan melibatkan kerjasama agensi pemberi bantuan, agensi padanan pekerjaan dan agensi pembiayaan keusahawanan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button