Berita

Obesiti, kesihatan mental dan penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerima kunjungan hormat daripada wakil World Health Organization (WHO) ke Malaysia iaitu Dr.Rabindra bersama para pegawai WHO iaitu Dr.Deepa Gamage dan Dr.Natalia Wroblewska.

Hannah berkata, perbincangan berkisar mengenai peluang kerjasama yang boleh digerakkan antara KBS dan WHO melalui program-program KBS dan agensi-agensi KBS yang berkenaan.

“Antara isu-isu yang dibincangkan adalah gejala obesiti dalam kalangan masyarakat, kesihatan mental belia dan juga penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.

“Perbincangan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan WHO ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak bagi memastikan program-program advokasi dan kesedaran di peringkat komuniti dan kumpulan sasar dapat dilaksanakan dengan lebih efektif dengan disokong data dan input daripada WHO.

“KBS sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan WHO dan badan-badan antarabangsa berkaitan dalam menambahbaik kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujar beliau.

Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Chan Hong Jin; Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Ahmad Faedzal Md Ramli dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Belia dan Sukan, Nurdiyana Baharum.

Show More

Related Articles

Back to top button