Berita

Pelaksanaan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (DRG) dalam sistem kesihatan negara

Kementerian Kesihatan Malaysia komited memperkukuh sistem penjagaan kesihatan melalui pelaksanaan Kumpulan Berkaitan Diagnosis (Diagnosis-Related Group, DRG) sebagai satu mekanisme penyeragaman pengkelasan kes dan bayaran rawatan.

Pelaksanaan DRG bertujuan untuk menggalakkan penjagaan kesihatan berasakan nilai (value-based healthcare), meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan ketelusan kos, mengoptimumkan penggunaan sumber secara berhemah, mengelakkan rawatan yang tidak perlu atau berlebihan.

Di sector kesihatan swasta, pelaksanaan DRG dilaksanakan secara rentas agensi melalui pendekatan whole-of-nation, selaras dengan Strategi RESET, serta dipantau oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS).

Sehingga kini, 80 daripada 104 hospital swasta telah menyertai Latihan DRG melibatkan 23 sesi Latihan, mencerminkan tahap penerimaan an komitmen yang positif daripada pihak hospital swasta.

Pelaksanaan sistem DRG ini memastikan kadar bayaran rawatan ditetapkan secara adil, telus dan berasaskan keperluan klinikal, demi manfaat pesakit dan kelestarian sistem kesihatan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button