Berita

Pembinaan kuil tanpa kelulusan perlu dihentikan segera: ARUL KUMAR

SEREMBAN: Mana-mana kuil yang dibina atau ditambah struktur baharu mesti ada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan isu tanah mesti diselesaikan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar berkata, beliau telah meminta semua PBT di Negeri Sembilan untuk menghentikan semua pembinaan kuil baharu dengan segera dan tidak perlu menunggu siap baru mahu bertindak.

“Sepatuntya bertindaklah semasa kesalahan berlaku dan bukannya dibiarkan dan lepas dua tahun baru hantar notis.

“Jika hari ini kita tidak ambil apa-apa tindakan, sudah tentu isu ini tidak ada penyelesaian dan lepas 50 tahun perkara sama berlaku.

“Pada masa sama ada juga beberapa kuil yang telah wujud sejak sekian lama di kawasan estet, iaitu sebelum ada pembangunan yang perlu diselesaikan dengan merizabkan tanah itu untuk tujuan kuil atau pindahkan ke kawasan yang lebih sesuai dan lebih penting dirizabkan untuk kegunaan Kuil.

“Ini sahaja akan selesaikan semua masalah ini. Tetapi bukan dengan cara demontrasi,” kata Arul Kumar yang juga ADUN Nilai.

 

Show More

Related Articles

Back to top button