Berita
Pendidikan elemen penting pembangunan bangsa
SEREMBAN: Pendidikan merupakan elemen yang penting dalam pembangunan sesuatu bangsa.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana maju atau mundur bangsa itu bergantung kepada kejaayan sistem pendidikannya.
“Pendidikan juga dapat membantu bangsa tersebut mempertahankan budaya, adat dan jati diri mereka.
“Oleh hal yang demikian, Kerajaan Negeri amat mementingkan pendidikan dengan mewujudkan tujuh inisiatif utama berkaitan pendidikan pada tahun lalu.
“Sebanyak RM8.68 juta telah diperuntukkan bagi keseluruhan inisiatif tersebut,” kata Aminuddin.